‘Mudahnya Siti Saleha dicium lelaki’

RAMAI netizen dan kesal apabila pipi pelakon cantik, Siti Saleha dicium seorang lelaki di sebuah acara, baru-baru ini.

Siapakah gerangan lelaki ‘bertuah’ tersebut? Masalahnya, Siti Saleha dilihat sengaja mengundang kecaman apabila memuat naik video ciuman itu dalam Instagram.

Difahamkan, Siti Saleha atau mesra disapa Sally menghadiri sebuah majlis pelancaran pembukaan butik haruman jenama mewah.

Tidak sendirian, Sally dilihat ditemani teman lelakinya.

Berduyun-duyun netizen mengkritik dan meluahkan rasa kecewa kerana bagi mereka, Sally seharusnya menjaga batas dan maruahnya sebagai seorang wanita muslim.

“Murah dan mudahnya dia dicium oleh lelaki. Tolong jaga batas dan maruah sebagai seorang wanita cantik beragama Islam,” tegur seorang netizen.

“Cenggitu (macam itu) je dia ‘muah-muah’ kan Sally,” kata seorang lagi netizen.

Entahlah, orang kata berani buat, beranilah tanggung. Diri sendiri yang menuai kritikan. Nanti jangan marah pula kalau ditegur.

DIVA: Sampai sekarang Diva masih tidak boleh ‘hadam’ macam mana Abby Abadi boleh senang-senang terpedaya dengan sindiket pelaburan dalam talian.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok