Lee Young-ae sumbang RM180,000 untuk Palestin

TERKESAN dengan apa yang terjadi di Gaza, pelakon Lee Young-ae menderma RM180,000 untuk membantu kanak-kanak yang terjejas akibat konflik Palestin-Israel.

Menzahirkan kebimbangannya, pelakon itu berharap sumbangannya sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Palestin yang terjejas.

“Kebanjiran berita menyayat hati tentang rakyat Palestin amat memberi kesan kepada saya.

“Saya berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada kanak-kanak yang kehilangan ahli keluarga dan mengharungi pahit getir peperangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut sebuah laporan media, dana sumbangan Young-ae akan menyokong penjagaan perubatan untuk kanak-kanak di zon konflik dan membantu dalam pengagihan bekalan penting, dengan kerjasama International Red Cross Movement.

Sebelum ini, aktres jelita itu juga pernah menderma untuk membantu mangsa kebakaran hutan Pulau Maui di Hawaii, Amerika Syarikat.

Usaha murninya merangkumi pelbagai faktor termasuk sokongan untuk mangsa kebakaran Kampung Guryong, bantuan banjir di Chungcheong, bantuan Covid-19, dana untuk pelarian Ukraine, dan sokongan berterusan untuk pesakit kanser.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok