DIKECAM satu dunia kerana ‘bersembunyi’ di sebalik 430 juta pengikut Instagram berhubung konflik Israel-Palestin, selebriti Hollywood popular, Selena Gomez mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada toksik media sosial.
Berpegang prinsip berkecuali, Selena atau nama sebenarnya, Selena Marie Gomez mengakui idak menyokong mana-mana pihak sama ada Israel mahupun Palestin.
“Saya akan berehat dan menyahaktif Instagram.
“Saya tidak sokong apa-apa yang sedang berlaku sekarang,” katanya menerusi muat naik dalam Instagram.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam pelantun lagu Love You Like A Love Song itu apabila meraih kecaman ramai.
Ramai dalam kalangan peminat yang mempersoalkan tindakan Selena yang dianggap terlalu pentingkan diri sendiri walaupun Palestin sedang bermandikan darah apabila lebih 8,000 rakyat negara itu dibunuh kejam Israel.
“Dia memang terlalu pentingkan diri sendiri. Dia tinggalkan dunia media sosial dua kali sebulan,” demikian komen peminat berbaur sinikal.
Sejak peperangan antara Hamas dan Israel tercetus 7 Oktober lalu, peminat global mendesak Selena bersuara atau mengatakan sesuatu memandangkan dia mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Dia juga merupakan wanita dengan jumlah pengikut Instagram paling di dunia.
Bagaimanapun, sehingga kini dia hanya mendiamkan diri sementelah ramai selebriti berpengaruh dunia sudah mula bersuara mengecam kezaliman Israel di Palestin termasuklah Angelina Jolie, Mark Ruffalo dan Bela Hadid.
Sebelum ini, Selena, 31, beberapa kali pernah beberapa kali berehat seb