‘Tak sabar nak ada anak sendiri, tolong doakan’

SEBELUM ini ada khabar angin mengatakan rumah tangga Risteena Munim goyah tetapi cerita itu sehingga kini masih belum ada sebarang noktah.

Tiba-tiba beberapa hari lalu Diva ternampak satu hantaran Risteena yang berkongsi impian untuk menimang cahaya mata sendiri sekali gus mewujudkan 1,001 tanda tanya dalam fikiran Diva mengenai status rumah tangganya.

Sekarang pinjam anak orang saja, tak sabar nak ada anak sendiri nanti.

“Tahun depanlah okey. Tahun ini sibuk sikit, kalian tolong doakan,” katanya.

Dalam beberapa hantaran Instagram, dia turut memuat naik foto mendukung bayi dan juga meminta teknologi kecerdasan buatan (AI) menghasilkan foto ramalan wajah anaknya sendiri.

Disebabkan itu, Diva rasa dia dan suami, Isa Khan dalam keadaan baik-baik sahaja ketika ini cuma rasa sebak juga baca tentang keinginannya untuk ada anak.

Mungkin belum ada rezeki tetapi manalah tahu esok lusa Tuhan beri zuriat kepadanya. Sekarang pun sudah banyak cara moden dalam perubatan untuk dapatkan anak seperti In-Vitro Fertilisation (IVF), asalkan jangan berhenti berusaha.

DIVA: Kenapa seorang aktor kerap ‘mengelat’, lari daripada bertemu media untuk ditemu bual?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok