PERNAH memberi bayangan sedia menambah cahaya mata, ramai menebak pelawak dan usahawan, Shuib bakal menimang anak kelima.
Spekulasi kehamilan isterinya, Watie Hanifiah hangat diperkatakan selepas foto wanita itu yang seolah-olah memperlihatkan ‘baby bump’ tular dalam media sosial.
Wanite atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, yang ketika itu hadir pada majlis pembukaan restoran milik suaminya dengan menggayakan abaya biru sekali gus menyerlahkan bahagian perutnya
Selepas itu, menerusi ruangan komen foto dalam Instagram itu, rata-rata netizen bertanyakan kesahihan desas-desus tersebut.
“Wah mommy, dua kali saya pandang (perut). Betulkah (hamil),” tulis seorang pengikut.
“Ayash nak jadi abang ke? Tahniah ye,” kata seorang pemilik akaun Instagram lain.
Namun, baik Shuib mahupun Watie lebih selesa membiarkan persoalan itu tergantung tanpa sebarang kenyataan.
Sebelum ini, Shuib memaklumkan dia dan isteri sudah sedia untuk menimang cahaya mata selepas hampir dua tahun berkahwin.
Hasrat tersebut dikatakan mula bermain di fikiran ketika mengerjakan umrah awal tahun ini bersama seisi keluarga.
Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan,4. – HIBGLAM
ABAYA yang digayakan Watie menyerlahkan ‘baby bump’ sekali gus menjadi bualan ramai netizen.