Kenalan tak bayar sewa, rumah Farid Kamil bakal dilelong

TULAR berita rumah didakwa milik Farid Kamil bakal dilelong, pengurusnya Azahari Hamid mengesahkan kediaman di Bandar Saujana Putra (BSP) itu sememangnya kepunyaan pelakon terbabit.

Bagaimanapun, katanya rumah berkembar dua tingkat dibeli denganharga RM300,000 pada tahun 2011 itu disewakan kepada kenalan yang tidak membayar wang sewaan terus ke bank sejak tahun lalu.

“Sebenarnya saya pun baru tahu mengenai isu lelongan itu tadi selepas dihubungi beberapa wartawan yang meminta kesahihan.

Sejak disewakan lima tahun lalu, bayaran bulanan terus dimasukkan penyewa ke bank. Sebelum ini tiada masalah tetapi individu terbabit tidak berbuat demikian bermula pertengahan tahun lalu.

“Saya sendiri sudah menghubungi penyewa tersebut dan dia mengakui kesilapannya menangguhkan bayaran disebabkan masalah kewangan,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

Azahari berkata, walaupun tidak lagi tinggal di kediaman berkenaan, premis empat bilik terbabit tetap memberi makna buat pelakon Anwar: The Untold Story itu.

Dia turut memaklumkan aktor merangkap pengarah berkenaan akan ke bank esok bagi menyelesaikan isu tunggakan bayaran pinjaman.

Tadi ketika terima berita ini (lelong), sudah lewat petang, jadi esok pagi sahaja kami akan berjumpa pihak berkaitan.

“Harapnya hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” ujarnya.

Hari ini tersebar berita sebuah rumah beralamat di BSP Jenjarom, Selangor di bawah nama Farid Kamil Zahari akan dilelong.

Menurut iklan yang tular dalam media sosial, lelongan dijadualkan berlangsung pada 22 Januari depan dengan harga permulaan RM522,000. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok