TUNGGU, saya nak cakap sesuatu sebab ramai yang beritahu Luna ini lelaki, transgender. Saya nak maklumkan kepada semua bahawa dia dilahirkan sebagai wanita.
Demikian respons tunang kepada Lucinta Luna, Artem Boltian atau Alan yang berang apabila status jantina pempengaruh Indonesia itu dipersoalkan dalam sebuah podcast.
Pasangan sesama jenis yang baharu bertunang itu diundang pengacara dan penerbit filem terkenal, Deddy Corbuzier untuk ditemubual bagi program
Close The Door siaran saluran YouTube.
Pada program tersebut, hos berusia 46 tahun itu bertanya kepada Alan sama ada dia mengetahui status sebenar Lucinta yang merupakan seorang lelaki.
Suasana berubah tegang apabila lelaki asal Ukraine itu terus bersuara mempertahankan insan kesayangannya dengan menegaskan Lucinta dilahirkan sebagai wanita, bukan transgender.
Saya mempercayai bakal isteri saya. Kenapa kamu cakap dia seorang transgender?” luahnya sambil bangun dari tempat duduk.
Nyata Alan yang cuba ditenangkan tunangnya tidak dapat menerima provokasi sedemikian, selain berpendapat mereka diundang untuk membicarakan soal hati serta rencana perkahwinan.
Kami datang untuk mengungkap isi hati kita, perasaan kita, dan pernikahan nanti,” tambahnya yang dilihat cuba ditenangkan Lucinta.
Dalam paparan video yang kini tular di beberapa platform media sosial, model berpangkalan di Thailand itu mendesak Deddy meminta maaf kepada Lucinta.
Ini kali terakhir kamu kata Luna transgender, kamu harus minta maaf, dia wanita sejak lahir, dia wanita tulen,” katanya.
Sementara itu, Lucinta yang juga pelakon dan penyanyi dilihat turut memarahi pengacara tersebut.
@p4rex viral lucinta luna ngamuk di podcast om deddy #deddycorbuzier #closethedoor #lucintaluna #fyp ♬ suara asli – parezyyx
Terdahulu, berita pertunangan personaliti popular dengan nama sebenar Muhammad Fatah bersama lelaki tersebut di Bali, Indonesia mengundang kejutan.
Majlis pertunangan serba mewah itu dikatakan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, namun netizen mempersoalkan tiada tindakan tegas daripada pihak berwajib.
Sebelum ini Lucinta pernah berkahwin dengan seorang lelaki dari Filipina, tetapi hanya bertahan selama seminggu sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai. – HIBGLAM