PELAKON jelita Che’ Puan Juliana Evans selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8:26 pagi senalam.
Berita gembira tersebut dikongsikan dalam media sosialnya yang memanjatkan kesyukuran dengan kurniaan daripada Allah.
“Kelahiran adalah permulaan mendalam kepada kerohanian yang dimiliki oleh seseorang wanita.
“Alhamdulillah sekarang saya merupakan ibu kepada dua cahaya mata,” katanya.
Pada Mac lalu, aktres itu berkongsi kepada umum bakal menimang cahaya mata kedua seperti yang didakwa peminat.
Sebelum ini, Juliana mengakui masih trauma dengan proses kelahiran pertama disebabkan epidural yang diambil tidak berkesan baginya beberapa tahun lalu .
Juliana berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.
Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan seorang puteri bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM