254
KEHANGATAN filem aksi Kill Boksoon kini merasuk ramai peminat K-drama.
Bukan sahaja dalam kalangan peminat biasa, kehebatan lakonan Jeon Do-yeon sebagai pembunuh bersiri wanita yang digeruni ramai juga turut memikat hati nggota kumpulan Blackpink, Jennie.
Perkara tersebut diluahkan Jennie dalam InstaStorynya yang memuat naik gambar sebuah babak dalam karya arahan Byung Sung-hyun itu.
Dalam hantaran tersebut, Jennie menyertakan kapsyen dalam bahasa Korea dan Inggeris.
“Filem kegemaran saya buat masa sekarang. Kill Boksoon,” tulis Jennie pendek yang meluahkan minatnya terhadap nashkah tersebut.