Zarina Anjoulie mahu pasangan normal, tak gila glamor

SELEBRITI sensasi Zarina Anjoulie mengakui gembira menjalin hubungan dengan kekasih baharu sejak setahun lalu.

Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 36, berkata, selain bahagia menyulam cinta dengan teman lelaki , dia juga mengatakan selesa menjalin hubungan dengan individu yang lebih stabil.

Saya tidak boleh bersama dengan lelaki satu hari dia ingin menjadi ustaz, kemudian ingin jadi hip hop. Apabila bercinta jadi ustaz, bila putus jadi hip hop.

“Dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan. Jadi saya ingin bersama dengan seseorang yang stabil.

Bagaimanapun saya mendoakan semoga keadaannya baik-baik saja. Saya perlu bersama dengan orang yang normal, tidak gila glamor.

“Bukan seseorang yang apabila putus saja terus memberitahu kepada wartawan,” katanya dalam satu siaran langsung di TikTok hari ini.

Zarina memberi reaksi demikian ketika ditanya peminat mengenai hubungannya dengan bekas kekasih sebelum ini.

Dalam pada itu, Zarina turut menjawab dakwaan mengatakan hubungannya itu bertujuan untuk meraih publisiti.

“Seingat saya, saya seorang yang popular. Kenapa saya perlukan pertolongan seseorang yang tidak popular untuk popular. Bagi saya, cuba fikir secara logik.

Saya keluar saja rumah semua orang ingin bergambar dengan saya. Syukur alhamdulillah peminat menghargai saya.

“Kalau saya ingin publisiti lebih baik saya cari mereka yang lebih popular seperti Zoey. Dia kacak dan dia popular,” katanya.

Sebelum ini Zarina pernah menjalin hubungan dengan usahawan Datuk Khazrul Elzey yang mendakwa kisah pertunangan mereka adalah rekaan bagi melonjakkan nama pelakon terbabit dalam industri hiburan.

Hubungan mereka juga dikatakan tidak mendapat restu daripada ibu Zarina iaitu Norzaini Abdul Hamid.

Untuk info, Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015 namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok