Aina, Aisha, Marsha ada ‘superpower’?

DEMAM Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) nampaknya masih berlarutan dan menjadi bahan bualan ramai.

Bukan sahaja tentang barisan pemenang, namun terbaharu video suntingan netizen memaparkan sedutan persembahan Aina Abdul, Marsha Milan dan Aisha Retno yang saling tidak tumpah seperti filem Avatar: The Last Airbender.

Suntingan sebegitu berlaku apabila Aina, Aisha dan Marsha dilihat menggunakan elemen air, api dan tanah dalam persembahan pada AJL baru-baru ini.

Dek suntingan sebegitu kreatif ramai yang terhibur melihat foto dan video berkenaan sehingga ada meminta AJL tahun depan guna konsep sama.

“Sakit perut gelak. Mana dapat idea kreatif macam ini?

“Terhibur tapi cantik betul masing-masing dalam foto ini. Kenapa Shiha zikir tiada sebab dia boleh mewakili elemen angin,” kata netizen.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok