492
SELEPAS 721 hari bergelar penyampai radio, penyanyi Wendy yang mengemudika rancangan Young Street di konti radio SBS Power FM akhirnya mengucapkan selamat tinggal.
Biarpun singkat, anggota kumpulan Red Velvet itu gembira berpeluang berada dalam konti radio.
“Saya telah menyambut pendengar radio sebagai DJ ke-16 Young Street dan setiap kali mengucapkan selamat tinggal saya masih boleh ke udara pada hari berikutnya.
“Kali ini berbeza apabila ucapan selamat tinggal saya sampaikan sebagai DJ Wendy,” katanya dalam nada sebak.
Kerusi Wendy kini diambil alih penyanyi Kwon Eun-bi sejak 3 Julai.