Mentua doakan Puteri Sarah cepat berjodoh

BERTUAH sungguh pelakon Puteri Sarah apabila sentiasa mendapat sokongan daripada bekas mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, biarpun antaranya dengan Syamsul sudah tiada ikatan.

Terkini, ibu Syamsul dilihat seolah-olah memberikan restu terhadap hubungan Puteri Sarah dengan aktor Indonesia Andi Arsyil Rahman, 36, yang menjadi sorotan ramai.

Patimah turut memuat naik satu hantaran video dalam akaun Instagramnya dengan titipan doa untuk bekas menantunya, Puteri Sarah.

Kompilasi gambar tersebut memperlihatkan Patimah  mendoakan Puteri Sarah agar menemui kebahagiaan sendiri bersama anak-anaknya, Syaikul Islam dan Sumayyah.

Tersentuh pula perasaan Mizz Lahar. Iyalah, wanita itu menyayangi Puteri Sarah bagai darah daging sendiri. Dapat mentua yang baik pun satu rezeki, betul tak?

Mizz Lahar:  Terdengar kisah seorang selebriti yang rupa-rupanya tengah perang dingin dengan ibu mentua.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok