Suara Aishah jadi perdebatan

SELEPAS diumumkan tersingkir pada konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (GV10), nama Datuk Aishah tidak sunyi daripada menjadi bahan bualan netizen.

Bukan sahaja isu kelantangan tetapi perbezaan suaranya ketika bercakap antara yang menjadi perdebatan ramai sehingga tular.

Suara Aishah dikatakan amat berbeza ketika memberi ucapan selepas tersingkir dan sewaktu ditemu bual dalam rakaman GV10.

Selepas tersingkir nadanya kedengaran lebih besar berbanding video rakaman yang disiarkan sebelum persembahannya.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa perubahan tersebut berlaku kerana hasil suntingan video.

Meskipun begitu, terdapat juga pihak yang meminta orang ramai berhenti mempersoalkan suara Aishah kerana dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap makhluk ciptaan Tuhan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok