Lagu Palestin versi Aina Abdul dipuji

KETIKA bumi Gaza, Palestin dihujani peluru dan bom, ramai yang muncul dengan cara tersendiri bagi menunjukkan sokongan dan kata-kata semangat buat rakyat negara itu dalam media sosial.

Seorang daripada mereka ialah penyanyi Aina Abdul yang muncul menyanyikan lagu Atouna El Toufoule sebagai tanda sokongannya terhadap Palestin ketika ini.

Lagu milik penyanyi Lubnan, Remli Bandali itu bermaksud ‘beri kami masa kecil’.

Bertepatan dengan judulnya, lagu tersebut menceritakan nasib pilu yang dialami anak-anak Palestin yang menjadi korban konflik dan perang di Gaza.

“Hati saya sangat sakit selepas menyaksikan pelbagai kekejaman yang terpampang dalam media sosial.

“Mari tunaikan bahagian kita dengan menderma dan berdoa,” kata Aina.

Rata-rata memuji nyanyian Aina yang dikatakan meninggalkan impak terhadap emosi pendengar.

“Terima kasih Aina untuk nyanyian ini, semoga setiap doa dalam liriknya dimakbulkan Tuhan.

“Sebaknya dengar Aina menyanyi. Harap segala kekejaman Zionis terhadap penduduk di Gaza segera berakhir dan tiada lagi nyawa terkorban,” kata netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok