AKTRES jelita, Siti Saleha belum bersedia mengakhiri zaman janda dengan kekasih hati, Joshua Fitton.
Saleha atau lebih mesra disapa Sally memberitahu, dia dan teman lelaki yang juga seorang pereka fesyen tidak mahu tergesa-gesa mendirikan rumah tangga.
“No (belum ada). Taking things slow (perlahan-lahan).
“Chill chill je (tenang-tenang sahaja),” katanya ringkas kepada HibGlam ketika ditemui pada junket media siri terbaharu lakonannya, That Cover Girl yang bakal ditayangkan menerusi Prime Video Malaysia bermula 19 Oktober ini.
Mengulas tentang naskhah tersebut, Sally yang memainkan peranan utama sebagai Sofi memaklumkan, watak diperankan itu bertentangan dengan keperibadian sebenarnya.
“Watak Sofi sangat ‘daring’. Dia main muat naik apa sahaja dalam media sosial tanpa berfikir.
“Tapi, kalau saya dalam kehidupan realiti akan fikir dahulu dan tanya orang sekeliling (sebelum post). Fikir dua tiga kali. Saya kekal relevan bukan melalui publisiti murahan seperti Sofi dalam That Cover Girl,” katanya.
Pada sidang media That Cover Girl petang tadi, difahamkan, teman lelakinya Joshua turut hadir memberikan sokongan dengan menghadiahi dirinya jambangan bunga sebagai simbolik selamat berjaya.
Sally atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd. Baharum bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar tahun lalu selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Hujung tahun lalu, Sally mendedahkan kepada media, teman lelakinya Joshua yang merupakan pereka seorang fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton. – HIBGLAM