Kim Chae-won direhatkan kerana Influenza A

DISEBABKAN tahap kesihatan kurang baik berikutan jangkitan influenza A, ahli kumpulan Le Sserafim, Kim Chae-won diarahkan berehat buat sementara waktu.

Bahkan berikutan sakit kepala berpanjangan, penyanyi itu dikejarkan ke hospital.

Pakar perubatan menasihatkan pelantun lagu Tomorrow itu menangguhkan sebarang aktiviti seni dalam masa terdekat.

Keempat-empat ahli Le Sserafim yang lain iaitu Sakura, Huh Yun-jin, Kazuha, and Hong Eun-chae bagaimanapun akan meneruskan jadual promosi tanpa kehadiran Chae-won.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok