MEMANG sudah berulang kali aktor bertubuh kekar Zul Ariffin menepis dakwaan penyatuan semula cintanya dengan penerbit terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.
Bahkan, selepas menghadiahkan kereta mewah kepada bekas kekasihnya pada April tahun lalu, pelakon J Revolusi itu tetap menepis tanggapan mereka kembali bercinta.
Cuma ramai tertanya-tanya status mereka kerana sudah banyak kali kawan-kawan Mizz Lahar terserempak pasangan tersebut di beberapa acara.
Mungkin mereka boleh katakan datang memenuhi jemputan sebagai kawan, tetapi bahasa tubuh tidak boleh menipu.
Bukan Mizz Lahar nak lebih-lebih, cuma ketika menghadiri pelancaran sebuah filem Isnin lalu, kebanyakan mata tetamu asyik mengerling seperti cenburukan keintiman mereka.
Kalau betul kasih kembali terjalin kita doakan saja, lagi pun masing-masing masih solo. Apa masalahnya.
Mizz Lahar: Isteri seorang penyanyi dah terbau cubaan aktres ganggu rumah tangganya.