534
SIAPA sangka, penyanyi yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu kini sudah digelar pak cik oleh peminat cilik.
Menerusi satu perkongsian video, Tomok dilihat diserbu sekumpulan kanak-kanak yang berebut ingin mendapatkan tanda tangannya.
Paling lucu, rata-rata kanak-kanak tersebut memanggilnya sebagai pak cik, selain merayu-rayu ingin mendapatkan nombor telefonnya.
“Belajar rajin-rajin dan jadi orang pandai, baru pak cik kongsi nombor telefon,” jawab Tomok.
Video tersebut meraih lebih 400,000 tontonan dan 21,000 tanda suka dalam TikTok.