Han So-hee tindik bibir, peminat puji cantik

AKTRES Han So-hee mengejutkan ramai peminat dengan penampilan terbaharunya yang bertindik pada bahagian bibir.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik dalam Instagram, So-hee menunjukkan bibirnya yang sudah bertindik ala gadis punk.

Begitupun, rata-rata peminat bersangka baik dengan perubahan itu.

“Mungkin So-hee tindik di bibir untuk menjayakan watak dalam naskhah terbaharunya,” kata peminat.

“Meskipun Han So-hee sudah bertindik di bibir, dia masih kelihatan sangat cantik,” ujar seorang pengikut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok