PENERBIT terkenal, Datuk A Aida tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan menyekat mana-mana selebriti yang mempunyai masalah disiplin untuk bekerja di bawah syarikat penerbitannya.
Menurut A Aida, 56, setiap individu yang menceburi dunia lakonan dan nyanyian perlu menitikberatkan soal disiplin sekiranya mahu bertahan lama.
“Bila nak jadi artis tak kiralah penyanyi atau pelakon, yang utama adalah disiplin.
“Tidak mengapa kalau setiap hari lambat 30 minit tetapi kalau lambat satu jam atau dua jam?” katanya dalam satu hantaran Threads.
Tambahnya, kelewatan hadir ke set penggambaran akan memberi kesulitan kepada individu lain.
“Senarai hitam terus! ‘
“Jangan menyusahkan pihak produksi,” tegasnya.
Perkongsian tersebut mengundang meraih respons netizen yang rata-rata menyokong tindakannya mengambil tindakan tegas terhadap selebriti mempunyai masalah disiplin.
“Bukan sahaja artis, semua orang yang ada masalah sukar tepati masa pasti akan bermasalah.
“Setuju dengan tindakan A Aida, meluat dengan artis tak tepati masa, susahkan semua orang,” komen netizen.
Sebelum ini, aktres Fasha Sandha meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan jadual kerja pihak lain termasuk dirinya. – HIBGLAM
