Sakit dada cari isteri hilang dalam The Husband

SELEPAS rancak dengan drama genre komedi dan romantik sebelum ini, Korea Selatan menghidangkan pula naskhah berjudul The Husband yang melonjakkan hormon adrenalin sehingga penonton tidak senang duduk.

Bertemakan suspens thriller, drama lakonan hebat Nam Koong-min, Lee Seol, Kim Dae-myung dan Lee Sang-hee itu ditayangkan sejak 4 Julai lalu menerusi platform Disney+.

Drama 12 episod tersebut membuatkan penonton tidak sempat bernafas dengan pelbagai elemen kejutan sepanjang Kang Tae-jun lakonan Koong-min mencari isterinya, Se-yun (Seol) yang diculik secara tiba-tiba.

Sepanjang usaha menyelamatkan isteri tercinta, Tae-ju pula dipalit tuduhan terlibat dalam kes pembunuhan upahan sehingga menjadi buruan polis.

Satu demi satu perkara aneh yang perlu dihadapi Tae-ju selain harus berdepan menerima realiti setiap kali ada rahsia yang mula terbongkar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok