DILABEL bekas suami ‘greenflag’, pelakon Kamal Adli menolak perkara tersebut kerana menganggap itu perkara normal yang wajar dilakukan mana-mana lelaki.
Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, memaklumkan hantaran ucapan hari lahir kepada bekas isteri, Uqasha Senrose adalah untuk menunjukkan bahawa mereka tiada sebarang masalah walaupun sudah berpisah.
Tak adalah (bekas suami greenflag), saya rasa ramai saja buat orang buat.
“Tapi bila saya buat, itu fasal ramai orang bagi perhatian kepada saya dan penulisan saya dalam Threads.
“Macam mana nak cakap, kami tak ada isu atau tiada sebab untuk bergaduh dan benci,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Tegas pelakon drama Dia Imamku itu, hantaran tersebut bukanlah dibuat untuk meraih simpati.
“Kalau saya buat ucapan hari lahir atau apa benda memang saya akan selit nama Uqasha sebab saya rasa nak tulis benda itu.
“Bukan saya rasa nak simpati orang, tak. Saya rasa macam itu sebab dia mak kepada anak saya dan saya nak beritahu juga kami tiada apa-apa isu,” ujarnya.
Sedar perpisahan mereka sebelum ini pernah mencetuskan pelbagai spekulasi, Kamal berharap perkongsiannya dapat mendidik netizen agar tidak lagi mewujudkan jurang perbalahan atau memilih untuk menyebelahi mana-mana pihak.
“Kalau dia baca, bacalah. Saya buat macam itu kadang-kadang nak ajak netizen semua untuk tulis ucapan sekali.
Saya nak bina suasana positif sebab sebelum ini semua orang nampak kami punya isu terlalu berat dan sampai ada yang menyebelahi pihak ini atau itu.
“Saya tak nak benda itu. Saya nak neutral saja, semua orang gembira,” jelasnya.
Pada awal Julai lalu, Kamal menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Uqasha yang ke-33.
Menurut Kamal, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat aktres itu meski sudah tidak lagi bergelar suami isteri.
Terdahulu, selepas melalui pelbagai kemelut, Kamal dan Uqasha akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.Pakej parti harijadi
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lapan bulan. – HIBGLAM
