SUASANA media sosial tiba-tiba bertukar sayu apabila Shila Amzah berkongsi demo lagu terbaharu berjudul Coretan Anak.
Lagu tersebut menyentuh tentang seorang bapa yang digambarkan tidak bertanggungjawab.
Kendatipun hanya beberapa saat diperdengarkan, emosinya sudah cukup merobek hati pendengar.
“Mama Zie nangis tadi. Anak-anak, jom berkumpul. Ubai dan saya kongsi rasa yang sama. Kawan-kawan kami pun. Ini coretan rasa kami semua,” tulis Shila.
Ramai netizen mengaku sebak dan merasakan lagu itu sangat dekat dengan pengalaman hidup mereka.
Diva sendiri turut tersentuh. Mungkin ini luahan paling jujur daripada seorang anak, seorang ibu, atau seorang insan yang pernah terluka.
Apa pun kisah di sebaliknya, Diva doakan Shila terus kuat dan terus berkarya.
DIVA: Seronok tengok artis sekarang makin bijak bercakap — jawapan matang, penuh isi, tak lagi kedengaran kosong. Itu baru sedap didengar.
