ISTERI kepada pelakon Redza Rosli iaitu Bella Hanna mengundang perhatian ramai apabila memuat baik foto hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat hari ini.
Dalam foto yang dikongsi menerusi InstaStory, pelakon jelita itu dilihat memakai busana hitam, berkaca mata dan memegang dokumen berwarna putih.
Dia bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai tujuannya ke premis itu.
Kelibat Redza juga tidak kelihatan dalam foto tersebut.
Rentetan itu, ramai mula membuat andaian sendiri sama ada dia hadir ke pejabat agama untuk mengambil sijil berkaitan pernikahannya dengan Redza.
Terdahulu, Redza dan Bella selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aydrean Raess pada 13 Januari lalu. – HIBGLAM
