Kahwin: ‘Maaf, saya di sini untuk membicarakan soal perbicaraan’

MENGHORMATI institusi kehakiman, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  memilih untuk tidak mengulas mengenai perancangan perkahwinannya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Syed Saddiq atau nama sebenarnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, berkata, perkara berkaitan hal peribadi tidak wajar diulas ketika fokus pihaknya tertumpu kepada prosiding mahkamah.

Saya minta maaf. Saya di sini untuk membicarakan soal perbicaraan di institusi kehakiman, bukan perkara lain.

“Saya sangat menghormati keputusan mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas prosiding keputusan rayuan akhir di Mahkamah Rayuan, hari ini

Sebelum ini, ahli politik itu pernah memaklumkan kepada media bahawa perincian mengenai majlis perkahwinannya boleh diajukan semula pada 30 Jun 2026 iaitu hari ini.

Begitupun, Syed Saddiq tidak menjangkakan keputusan yang sepatutnya diumumkan hari ini ditangguhkan kepada 13 Julai depan berikutan seorang daripada tiga hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali mengambil cuti sakit selama dua hari.

Terdahulu, Bella juga hadir di Kompleks Mahkamah Putrajaya seawal pukul 7.55 pagi bagi memberikan sokongan kepada tunangnya itu.

Pasangan terbabit mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan difahamkan keluarga masing-masing memilih tahun ini sebagai tarikh melangsungkan pernikahan.

Diminta mengulas mengenai pembabitan dalam kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Johor nanti, Syed Saddiq menegaskan enggan memikirkan perkara lain buat masa ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok