BERSEPAH dalam setiap program, acara dan dalam media sosial juga! Itu yang dirasakan banyak orang setiap kali nampak wajah dan nama Aisha Retno ketika ini, termasuk Diva.
Bukanlah Diva dengki tetapi mungkin sekarang rezeki Aisha sedang mencurah-curah, banyak tawaran yang sebelum ini dia tak pernah dapat kini hadir.
Baguslah begitu tetapi kalau sudah terlalu kerap dan banyak sangat muncul, risau juga orang naik bosan sehingga hilang nilai eksklusiviti.
Tapi itulah, macam Diva cakap, sekarang zaman Aisha dan dia memang patut nikmati semuanya ketika ini.
Tapi Aisha ada juga menjawab persoalan ramai mengenai dirinya yang muncul dalam pelbagai program yang hanya meminta diberikan kesihatan baik ketika ini.
“Allah SWT sungguh baik beri semua ini. Saya minta doakan kesihatan saja okey untuk sekarang, mental dan fizikal,” katanya.
Harap nama Aisha akan kekal lama dan terus relevan. Paling tak sabar nak tengok persembahan dia di pentas Anugerah Juara Lagu dan pastinya sebagai Gusti Putri pada teater muzikal Puteri Gunung Ledang nanti.
DIVA: Naskhah Good Boys Go To Heaven bukti rakyat Malaysia boleh terima drama genre lain selain isu curang dan penyondol.
