Artis wanita bercerai kembali rujuk senyap-senyap?

SEBELUM ini, Diva dapat tahu mengenai seorang artis wanita yang katanya sudah bercerai tetapi enggan menguar-uarkan perkara tersebut kepada umum.

Memilih untuk kekal privasi, semua pihak juga menghormati keputusannya supaya tidak membuat sebarang artikel.

Katanya, perceraian tersebut disebabkan tiada persefahaman antara mereka cuma Diva pun tidaklah bertanya lebih lanjut.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, rancak pulak melihat dia dan bekas suami membuat konten media sosial bersama, hadir ke acara hiburan juga berdua.

Perkara tersebut membuatkan Diva dan ramai tertanya-tanya mengenai status mereka sama ada kekal berpisah, sudah rujuk atau semuanya sekadar konten semata-mata. Harap ada penjelasan daripada pihak selebriti wanita itu, penat nak main teka-teki.

DIVA: Macam-macam kisah tentang lembu dan kerbau korban sempena Aidiladha tahun ini. Ada yang kelakar, menyentuh hati dan tragis. Moga ibadah semua diterima.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok