BAPA kepada pelakon Erysha Emyra, Datuk Zakaria Abdul Rahman meninggal dunia petang tadi.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri abang Erysha yang dikenali sebagai Mishon Zack.
“Salam semua, ayah saya Datuk Zakaria Abdul Rahman baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada petang tadi,” tulisnya.
Menerusi perkongsian sama, dia turut memaklumkan jenazah arwah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, esok pagi.
“Jenazah akan dibawa ke kediaman almarhum di Kemensah Heights.
“Jenazah akan disolatkan selepas solat subuh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah pukul 9 pagi esok,” tambahnya.
Terdahulu, pada 21 Mei lalu Erysha memohon doa orang ramai buat bapanya yang berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital. – HIBGLAM.
