TIDAK melatah, pelakon Lupita Nyong’o menangani komen negatif dan kritikan terhadap dirinya dengan sentiasa bersikap tenang dan terbuka.
Pendirian aktres kelahiran Kenya itu bagaimanapun berubah apabila apabila muncul kutukan berbaur perkauman gara-gara namanya diumumkan menggalas watak Helen of Troy dalam filem The Odyssey.
Semuanya tercetus gara-gara perdebatan netizen yang mempertikaikan legenda Yunani dalam kisah ‘wanita tercantik di dunia’ hanya kerana warna kulitnya.
Pertamanya ini adalah cerita mitologi, sesiapa pun layak membawakan karakter itu tanpa mengira warna kulit atau hal tidak perlu.
“Bagi saya individu di sebalik filem ini iaitu Christopher Nolan mempunyai visi dan versi tersendiri,” katanya.
Akui aktres berusia 43 tahun itu, dia hanya mahu memberikan lakonan terbaik sebagai cara mematahkan kutukan.
Saya enggan buang masa memikirkan orang lain tidak menyukai saya. Percayalah, akan selalu ada individu mempercayai anda dan teruslah melangkah,” ujarnya.
Dalam The Odyssey, Lupita Nyong’o akan memainkan dua karakter sekali gus iaitu Helen of Troy dan saudara perempuannya, Clytemnestra. – HIBGLAM
