AKTRES Demi Moore berharap warga Hollywood tidak berasa tergugat dengan populariti kecerdasan buatan (AI) yang sudah menjadi sebahagian daripada masa depan industri hiburan.
Selebriti yang dipilih sebagai juri Festival Filem Cannes itu menegaskan penggiat industri perfileman perlu mencari jalan untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi.
“AI sudah ada di sini. Menidakkan perkembangan AI hanya merugikan kerana teknologi itu akan terus berkembang pesat.
“Itu adalah pertempuran yang hanya membawa kepada kekalahan,” ujarnya dalam satu wawancara.
Mengakui tidak pasti mengenai peraturan digariskan industri terhadap penggunaan AI, Moore berkata, berkemungkinan belum ada langkah pengawasan yang mencukupi.
Apa pun katanya, AI mempunyai kelebihan tersendiri jika dimanfaatkan dengan baik dan tidak wajar ditolak. – HIBGLAM
