Bella pesan tetaplah jadi baik, jangan berhenti

KALAU nak cakap artis yang sering menjadi mangsa kecaman, mungkin Bella Astillah salah seorang daripadanya.

Namun bagusnya, dia tidak pernah membalas kritikan diterimanya.

Bella juga dalam satu hantaran Instagram turut meminta semua pihak terus membuat kebaikan tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada manusia

“Tetaplah menjadi baik, jangan berhenti. Kerana kebaikan tidak semestinya dibalas dengan manusia.

“Tapi Allah SWT Maha Adil dan Penyayang. Segala kebaikan akan membuat hidup kita terpelihara, insya-Allah dan banyak perkara akan terasa mudah,” katanya.

Perkongsian begini memang perlu ketika media sosial dibanjiri dengan kebencian dan kecaman.

DIVA: Makin sedap suara Thalita, semakin mirip dengan arwah ibunya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok