JIKA merindui lakonan Ahn Hyo-seop, drama Sold Out On You adalah K-drama yang perlu ditonton ketika ini.
Ditayangkan menerusi platform Netflix bermula 22 April lalu, naskhah komedi romantik tersebut turut dibintangi Kim Bum dan Chae Won-bin.
Sold Out On You mengisahkan pengacara jualan langsung iaitu Dam Ye-jin lakonan Won-bin yang berjuang habis-habisan untuk memujuk Matthew Lee (Hyo-seop) untuk kembali membekalkan cendawan organik dari ladangnya bagi produk penjagaan kulit yang akan dijualnya.
Tanpa disedari, kekerapan berjumpa di kampung yang menjadi lokasi ladang cendawan tersebut dan penyakit imsonia dialami Ye-jin mencetuskan bibit cinta antara mereka.
Sejak ditayangkan, Sold Out On You tersenarai dalam kedudukan 10 drama paling popular dalam Netflix Malaysia. – HIBGLAM
