Umur 64 tahun, Tom Cruise ligat bersenam

MASIH tegap serta mampu melakukan aksi lasak, aktor Tom Cruise yang juga bintang utama filem Mission: Impossible mengakui disiplin ketat membentuk dirinya hari ini.

Cruise yang bakal menyambut ulang tahun ke-64 pada 13 Julai depan mendedahkan dia mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara konsisten dan mengikuti pola pemakanan yang ketat.

Difahamkan, aktor itu tidak terikat kepada satu jenis senaman sahaja sebaliknya menggabungkan pelbagai aktiviti fizikal seperti berkayak, meneroka gua, lawan pedang, berlari di treadmill, angkat berat dan hiking

Katanya, gaya hidup dijalani dapat memastikan tubuhnya sentiasa berada pada tahap optimum demi memenuhi tuntutan fizikal menjayakan watak lelaki lasak.

Dari segi pemakanan pula, Cruise mengamalkan 15 snek kecil setiap hari yang terdiri daripada makanan sihat seperti kacang dan beri biru organik yang disediakan cef peribadi.

Diet rendahnya adalah sekitar 1,200 kalori sehari dengan menu berasaskan makanan panggang serta kandungan karbohidrat yang minimum.

Secara keseluruhan, gaya hidup Cruise menekankan tiga elemen utama iaitu kekal aktif, mengamalkan pemakanan sihat dan mengekalkan bentuk badan ideal. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok