Isteri bagi kata dua, Justin Timberlake kena ubah sikap

RUMAH tangga pasangan popular, Jessica Biel dan Justin Timberlake kembali panas apabila aktres itu tidak sanggup lagi berdepan pelbagai kontroversi membabitkan suaminya.

Biel dikatakan memberi kata dua Timberlake agar segera mengubah sikap atau berdepan risiko kehilangan keluarganya.
Antara isu yang mencetuskan ketegangan termasuk penahanan Timberlake pada 2024 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber terdekat mendakwa kesabaran Biel semakin menipis apabila pelantun lagu SexyBack itu jarang pulang ke rumah walaupun konsert jelajahnya berakhir Julai tahun lalu.

Ketiadaan suami membuatkan Biel perlu memikul sebahagian besar tanggungjawab menjaga dua anak mereka, Silas dan Phineas sekali gus membuatkannya letih dan tertekan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok