4 tahun menanti, Haqiem Rusli reda gagal ke AJL40

 

HASRAT penyanyi Haqiem Rusli untuk kembali bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu sekali lagi terkubur selepas lagunya Nostalgila tidak tersenarai sebagai finalis malam tadi.

Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli, 28, berkata, dia tetap reda dengan keputusan tersebut dan tidak akan mengalah untuk mencuba lagi pada tahun depan.

“Sudah empat tahun menunggu untuk kembali ke pentas AJL, dan tahun ini pun masih belum menjadi kenyataan, namun tidak mengapa.

“Saya akan terus berusaha dan memberikan yang terbaik lagi untuk tahun depan,” katanya dalam platform Threads.

Bukan ingin mencari simpati, dia bagaimanapun tetap bersyukur Nostalgila berjaya memasuki pusingan separuh akhir.

“Saya tidak akan mengeluh malah sudah bersyukur kerana berjaya melepasi peringkat separuh akhir.

“Tahniah kepada semua finalis!” katanya lagi.

Semalam, 10 buah diumumkan berjaya melangkah ke AJL40 iaitu termasuk Aina Abdul (Kamu) , Marsha (Tangisan Seorang Pendosa), Dayang Nurfaizah (Lemah), Ryenal Guntabid (Lumangad Oku Dika), Aisha Retno (Tak Adil).

Lima lagi lain ialah Wany Kayrie (Cak Cak Cekuk) Hazama (Semacam Pandora), Amir Masdi (NurCinta), Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik (Ke Mana Ni) serta K.O.I (Tiwikarma).

Untuk info, 20 buah lagu yang bertanding bagi AJL40SA dinilai beberapa juri yang diketuai Datuk Acis dengan LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok