Nyaris bersara, You selamatkan Jenna Ortega

PELAKON Jenna Ortega nyaris meninggalkan dunia lakonan sebelum mendapat peranan penting dalam siri popular, You.

Bintang berusia 23 tahun itu memulakan kerjaya menerusi rancangan kanak-kanak seperti Richie Rich dan Stuck in the Middle, namun apabila menginjak remaja, dia berdepan dilema besar tentang hala tuju hidupnya.

Dalam satu wawancara, Ortega berkata, dia keliru selepas meninggalkan projek genre kanak-kanak tetapi terus membuktikan kebolehan kepada pengarah yang belum mengenalinya, sekali gus membuatkan dia terfikir untuk bersara awal.

Saya baru masuk sekolah menengah, dan terasa seperti perjalanan ini sudah cukup baik. Mungkin ini masa yang sesuai untuk berhenti,” ujarnya.

Jenna mengambil masa beberapa bulan berbincang dengan pasukan sebelum membuat keputusan penting, namun niatnya berubah apabila ditawarkan watak Ellie Alves dalam musim kedua siri You.

Sejak itu, kerjayanya terus melonjak dengan membintangi pelbagai naskhah besar termasuk X, Scream VI, Beetlejuice Beetlejuice dan siri hit Wednesday. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok