2
SEJAK akhir-akhir ini, kemunculan Zahirah Macwilson yang aktif berkongsi kehidupan hariannya dalam TikTok menjadi bualan ramai.
Antara konten yang dikongsi adalah rutinnya setiap pagi membaca al-Quran, menghantar anak ke sekolah dan senaman di gimnasium.
Bukan kecaman sebaliknya pujian sehingga ada yang menjadikannya sebagai inspirasi untuk berubah menjadi individu lebih baik.
“Hati yang baik seperti kalian yang membuat saya lebih bersemangat untuk memberi inspirasi, insya-Allah dan semua hal baik daripada Allah SWT,” katanya membalas komen netizen.
Sehingga hari ini, video-video ‘spend the day with me’ (sehari bersama saya) yang dimuat naik meraih lebih sejuta tontonan. – HIBGLAM
