‘Seksinya bebi! Malu ko ore’

PEMPENGARUH media sosial sensasi, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila foto-foto seksinya tular dalam Threads.

Foto Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, dikongsikan pengguna Threads yang dikenali sebagai Nadineaureli4.

Menerusi foto tersebut Ameera dipercayai memakai busana berwarna biru gelap yang hanya menutup bahagian payudaranya dan mendedahkan bahagian perut.

Foto tersebut dirakam berdekatan pantai dipercayai ketika Ameera menghadiri sebuah acara.

“Sekarang kan musim panas, orang Kelantan pergi pantai pakai ‘bra’ sahaja,” tulis pengguna itu pada hantaran tersebut.

Hantaran itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang menggunakan dialek Kelantan.

“Bebi malu ko ore. Delete deh. Bakpo laguni bebi,” komen netizen.

Ini bukan kali pertama adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu berpenampilan mencolok mata, sebelum ini dia pernah memakai seluar persis pakaian dalam sewaktu menghadiri pertunjukan minggu fesyen di luar negara. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok