PELAKON Ikmal Amry meminta orang ramai berhenti membanding-bandingkannya dengan individu lain yang difahamkan aktor sensasi Indonesia Jerfri Nichol kerana dikatakan memiliki wajah seiras.
Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, berkata, perbandingan tersebut adalah tidak perlu ditambah pula dirinya sudah memegang status sebagai seorang bapa.
“Sudah-sudahlah membanding-bandingkan.
Aku ini bapa orang, anak nak masuk tiga. Apa pun, salam kenal dik,” katanya dlaam platform Threads.
Perkongsian tersebut turut menaik perhatian Jefri yang aktif dalam platform tersbeut sejak beberapa hari lalu.
“Waalaikumsalam abang!
Sihat selalu abang Ikmal dan keluarga ya,” ujarnya.
Sejak semalam, nama Ikmal menjadi bualan apabila terdapat individu mula menyamakan penampilan dan wajahnya dengan Jefri.
Perkara tersbeut timbul selepas dia meledak dengan watak Fahim dalam drama Khianat Yang Terpilih. – HIBGLAM
