“KEPADA produser, penulis dan pengarah. Tolong gandingkan kami (bersama Norreen).”
Demikian respons aktor Beto Kusyairy yang bersetuju dengan hasrat pelakon Norreen Iman untuk digandingkan dalam mana-mana drama mahu pun filem.
Beto atau nama sebenarnya NurKusyairy Zakuan Osman, 46,menyambut baik cadangan Norreen yang mahu melakonkan babak dipukul, selain mengusulkan idea watak bertukar jasad.
“Kisah dua orang pelakon yang ‘tertukar’ jasad sewaktu di set penggambaran.
Babak melempang kena ada. Jadinya, Beto (Norreen) lempangNorreen (Beto) sewaktu mereka menari cha cha,” selorohnya.
Sehubungan itu, ramai tidak sabar menantikan impian tersebut menjadi kenyataan, selain teruja melihat sisi jenaka Beto yang jarang-jarang dipamerkan sebelum ini.
“Ini luar kotak betul ya babak sambil menari cha cha. Tolong bagi jadi cerita ini,” kata peminat.
Masuk air juga Beto ini, skrip pun kacip betul,” tutur pengikut.
“Saya doakan semoga menjadi realiti, amin,” ujar peminat lain.
Sebelum ini, pemilik nama lengkap Norreen Iman Abdullah, 31, secara terbuka meluahkan hasrat mahu bergandingan dengan Beto.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif termasuk isteri Beto, Tisha Shahar yang meminta Norreen segera menghubunginya sekiranya pihak produser memberikan ‘lampu hijau’ untuk projek impian tersebut. – HIBGLAM
