PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat melahirkan rasa risau apabila perlu menjaga anak ketiganya, Anggun Mikayla selepas suaminya, Nabil Mahir disahkan dijangkiti Covid-19 kelmarin.
Menurut Ayda, 34, kerisauan tersebut wujud disebabkan hal berkaitan anaknya pada waktu malam sebelum ini selalunya diuruskan oleh Nabil.
“Nabil demam semalam (kelmarin), positif Covid-19 dan kena kuarantin. Ada ini, tengah memikirkan macam mana nak jaga Anggun Mikayla seorang diri pada waktu tengah malam.
“Saya tak pernah, ini pertama kali kena jaga seorang diri sebab selalunya Nabil yang bangun malam uruskan.
“Kalau rajin, saya hanya tolong sebagai pembantu saja. Kalau dia ‘yayak’ (buang air besar) macam mana? Saya gementar,” katanya dalam Instagram.
Dalam masa sama, dia sempat meminta orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya dan dirinya serta anak-anak dijauhkan daripada dijangkiti virus tersebut.
“Doakan dia cepat sembuh, ada lagi Covid-19 ini. Patutlah semalam dia demam dan lemah saja.
“Cepat sembuh sayang, doakan Mimi, Nayla dan Dedek tak dijangkiti Covid-19 ya, amin,” ujarnya.
Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hadil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan anak ketiga, Anggun Mikayla yang dilahirkan pada 26 Januari lalu. – HIBGLAM
