Video AI Nazim Othman peluk Lee Dong-wook cetus tanda tanya

ENTAH gurauan atau luahan tersirat, pelakon Nazim Othman mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video kecerdasan buatan (AI) memaparkan dirinya seolah-olah memeluk lelaki mirip aktor Korea Selatan, Lee Dong-wook.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 41, turut menulis kapsyen berbaur emosi sehingga mengundang pelbagai tafsiran dalam kalangan pengikutnya.

“Kadang-kadang kita hanya perlukan seseorang untuk bersandar dan bahu untuk menangis,” tulisnya.

Perkongsian tersebut pantas menjadi bualan hangat apabila netizen mula berteka-teki tentang maksud di sebalik video berkenaan, sama ada sekadar hiburan atau memiliki makna lebih mendalam.

Lebih menghangatkan situasi, komen pelakon Sheila Rusly turut mencuri perhatian sehingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

“Hmm, sesuatu. Selamat Hari Raya, adik,” tulisnya.

Rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada terhibur, tidak kurang juga tertanya-tanya tentang mesej sebenar ingin disampaikan pelakon itu.

“Apa sebenarnya Nazim nak sampaikan? Macam ada maksud tersirat.

“Kalau sekadar konten, memang kreatif. Tapi kapsyen itu buat orang berfikir panjang.

“Kadang-kadang manusia hanya perlukan teman. Mungkin itu sahaja mesej dia,” tulis beberapa pengguna media sosial.

Sehingga kini, Nazim memilih untuk berdiam diri tanpa memberikan penjelasan lanjut mengenai tujuan sebenar perkongsian tersebut.

Sebelum ini, pelakon drama Nur Untuk Ariff pernah menyatakan tidak berhasrat untuk berkahwin lagi kerana bimbang melukai hati pasangan selepas kegagalan rumah tangga terdahulu.

Untuk rekod, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun berpisah secara sah pada 17 Mei 2018 tanpa dikurniakan cahaya mata. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok