‘Ayah beri baju umur 4 tahun, Hawra belum 2 tahun pun’

PELAKON Uqasha Senrose terpaksa membeli baju raya anak perempuannya, Hawra Uqaira dalam tempoh yang suntuk susulan saiz pakaian yang difahamkan diberikan bekas suaminya, Kamal Adli tidak bersesuaian.

Pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, itu berkata, usia Uqaira belum memasuki dua tahun namun baju yang dibeli Kamal untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas.

“‘Last minute’ cari baju raya Uqaira. Dua hari lepas sebelum ayah (Kamal) balik kampung, dia bagi baju raya Uqaira bersaiz empat dan tiga (tahun).

“Tak muat, umur Uqaira tidak mencecah dua tahun pun ya,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Tambahnya, dia juga sudah mencari baju raya anak perempuannya itu selama dua hari namun masih belum dibeli.

“Harapnya ada, tadi (semalam) sempat beli kasut dan dia nak tas tangan.

“Mana nak cari baju ‘baby’ pada waktu sekarang?” katanya lagi.

Minggu lalu, tular video memaparkan seorang kakitangan di sebuah premis tekstil terkenal memberitahu Kamal turut membeli baju raya buat Uqasha dan Uqaira.

Sebelum ini, Kamal dan pelakon Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan zuriat, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok