SYAWAL menjelma, dan ‘perang’ rating pun bermula. Di sebalik keriuhan mercun dan aroma rendang, televisyen menjadi medan tempur apabila setiap stesen berlumba-lumba menyajikan karya paling ikonik. Bukan sekadar pengisi waktu, drama-drama air mata dan program muzikal mega ini direka khusus untuk memaku penonton di sofa masing-masing.
Daripada naskhah air mata yang merobek jiwa hingga ke bingkisan komedi yang menceriakan suasana, lambakan muzikal, telefilem khas adalah ‘juadah wajib’ yang melengkapkan resipi raya kita. Selamat menonton di hari raya!
Bombastika Raya
Siaran: Malam raya (Astro Ria – 11 malam)

BOMBASTIKA RAYA menjadi acara malam ambang raya paling dinanti-nanti dimeriahkan dengan persembahan selebriti seperti Dayang Nurfaizah, Alpha, Datuk Jamal Abdillah, Nabila Razali dan Datuk Ramli Sarip.
Menariknya, Bombastika Raya tahun ini yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad turut diserikan dengan kehadiran Jihan Muse.
Hilang Dalam Rindu 2
Siaran: Hari raya pertama (TV3 – 10.30 pagi)

KERINDUAN peminat drama Hilang Dalam Rindu bakal terubat apabila naskhah arahan Along Kamarudin itu memasuki musim kedua.Disiarkan bermula hari raya pertama sehingga kelima.
Hilang Dalam Rindu 2 menyaksikan detik cemas Aira hendak melahirkan anak pertama mereka, Eirman.
Ini Kisahku Raya
Siaran: Hari Raya pertama (TV Al-Hijrah – 8.30 malam)
Program khas Ini Kisahku Raya membawa penonton menyelami kisah penuh emosi di Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia, memaparkan Hari Raya Aidilfitri disambut dalam suasana sederhana namun sarat dengan kerinduan dan doa.
Program ini menampilkan Muhammad Daud Nurdin Muhammad sebagai pengacara yang membawa penonton menyelami kisah-kisah inspirasi di sebalik sambutan Syawal di pusat jagaan tersebut.
Menantu Datuk Nikah Kahwin
Siaran: Hari raya pertama (TV Al-Hijrah – 9 malam)

Telefilem Menantu Datuk Nikah Kahwin membawakan kisah seorang tok kadi terkenal yang ego tercabar apabila anak bongsunya pulang bersama seorang mualaf berbangsa Inggeris.
Naskhah berdurasi 120 minit tersebut diarahkan oleh Heykal Hanifah dan dibintangi oleh Nasir Bilal Khan, Amyza Aznan, Daler Yusuf, Syad Mutalib, Usop Wilcha, serta Faezah Elai.
Bagasi Raya menampilkan gandingan sulung Trisha Ooi dan Nadzmi Adhwa.
Talk To My Manager Raya
Siaran: Hari raya kedua (Astro Ria – 10 malam)

Talk To My Manager Raya: Edisi khas Raya berkonsepkan kekeluargaan yang menggabungkan momen kampung, persembahan muzikal serta perkongsian artis dan pengurus.
Program menghiburkan tersebut dihiasi dengan gelagat lucu dan nakal barisan bekas peserta TTMM musim pertama termasuk Marsya, Thalita, Auddra, Ammar dan Amad.
Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza 30 Tahun
Siaran: Hari Raya ketiga (TV1 – 9 malam)

Persembahan istimewa Datuk Siti Nurhaliza diiringi pemuzik Orkestra RTM yang meraikan pembabitan Biduanita Negara berkenaan selama tiga dekad sebagai anak seni.
Antara artis jemputan yang memeriahkan konsert istimewa tersebut ialah Aina Abdul serta Luca Sicktha & Kmy Kmo.
Surat Dari Syurga
Siaran: Hari raya kedua (TV Al-Hijrah – 9 malam)

MENGISAHKAN Amir, seorang pempengaruh yang hanyut dalam kemewahan sehingga lalai dengan tanggungjawab sebagai anak dan hamba Allah. Doa dan surat penuh kasih daripada ayahnya menyentuh hati Amir, membawanya kembali ke jalan Allah.
Diterbitkan Mache All Star United Sdn. Bhd., drama tersebut diarahkan Pali Yahya dan dibintangi Izzue Islam, Datuk Tarmimi Siregar, Hanna Farisha serta Meor Mohamed.
Huru-hara Mentua Raya
Siaran: Hari raya kedua (TV Okey – 9.30 malam)

Telefilem istimewa ini mengisahkan Emma lakonan Issyariana iaitu seorang doktor hidup bahagia bersama Zafran (Kamal Adli) walaupun berbeza latar pendidikan.
Kunjungan mengejut ibu bapa ketika raya mencetuskan konflik selain membongkar rahsia lama sekali gus menguji hubungan rumah tangga.
Naskhah genre komedi santai tersebut juga diinspirasikan daripada kisah benar.
Doa Sang Pendosa
Siaran: Hari raya ketiga (Astro Prima – 3 petang)

Sarat mesej, Doa Sang Pendosa menampilkan tiga kisah berbeza tentang tiga wanita di pusat serenti yang cuba berubah menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Naskhah hebat meruntun jiwa tersebut dibintangi Datuk Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Farah Ahmad dan Nadia Aqilah.
Bagasi Raya
Siaran: Hari raya Ketiga (TV Okey – 9.30 malam)

BAGASI Raya mengenai Azal lakonan Nadzmi Adhwa dan Shaza (Trisha Ooi) yang jiran yang sering bertelagah setiap kali bertemu.
Azal bahagia bercinta dengan Suzanna juga anak orang kenamaan manakala Shaza pula tertekan dengan desakan keluarganya untuk membawa bakal suami pada 1 Syawal.
Sehari sebelum raya, takdir menemukan mereka apabila terpaksa pulang sekampung menaiki bas yang sama akibat kereta rosak dan keadaan menjadi semakin rumit apabila bagasi mereka tertukar tanpa sengaja
Raya Rumah Mami
Siaran: Hari raya ketiga (Astro Prima – 3 petang

Bakal menggeletek hati ramai, Raya Rumah Mami menjanjikan komedi kekeluargaan apabila sebuah keluarga di Pulau Pinang, terkejut apabila mengetahui menantu baharu mereka adalah seorang jejaka berbangsa Tionghoa lakonan Sean Lee.
Pelbagai dugaan perlu ditempuh, drama ini membawa mesej bahawa setiap individu layak untuk belajar tentang agama lain dan meraikan perbezaan dua budaya.
Telefilem istimewa ini dijayakan Rozita Che Wan, Farouq Hussain, Sean dan Nylea Adzlan.
Antara Dua Takbir
Siaran: Hari Raya keenam (Astro Prima – 3 petang)

DRAMA arahan Ausz Din ini mengangkat kisah kehilangan tidak dijangka dalam sebuah keluarga menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Bakal merobek jiwa setiap penonton, Antara Dua Takbir dibarisi pelakon hebat termasuk Nabila Huda dan Syarul Ezani.
Raya Jujur Je
Siaran: Hari Raya ketujuh (Astro Ria – 10 pagi)

Kisah komedi keluarga penuh gelak tawa, menampilkan Oddah, Sharifah Shahira dan Ijoy sekeluarga buat pertama kali di layar kaca.
Mengisahkan tentang anak ‘influencer’ popular yang mengimpikan Raya yang sederhana dan jujur, namun kejujuran yang tercetus membongkar rahsia dan mengubah dinamik keluarganya.
Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella 2026
Siaran: Hari Raya Kesembilan (Astro Ria – 10 malam)

KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2026 – Ella membuat persembahan pada Konsert Healing Night 2026 di Stadium Merdeka di sini, malam ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/Pemberita; WAFA (UTUSAN), SYARFA (KOSMO)
Jika terlepas untuk menyaksikan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella 2026 pada Februari lalu, Astro bakal menghadiahkan acara gemilang tersebut pada hari raya kesembilan.
Tayangan konsert tersebut adalah istimewa buat peminat Ratu Rock berkenaan yang juga pelanggan setia Astro.
Anugerah Tanpa Cahaya
Siaran : 16 Mac (TonTon – 12 tengah malam)
TONTON membawa naskhah istimewa sarat dengan mesej kekeluargaan, Anugerah Tanpa Cahaya iaitu drama 10 episod yang menyelami sisi rapuh hubungan ibu bapa dan anak serta haluan hidup yang membawa padah.
Diterajui barisan pelakon hebat seperti Puteri Balqis, Azhan Rani, Amyza Aznan, Zairi Aziz dan Hafeez Mikail, drama arahan Amor Rizan itu bersiaran bermula 16 Mac lalu.
Anugerah Tanpa Cahaya yang pastinya akan menjentik emosi ramai ini mengangkat konflik emosi antara seorang anak yang mendambakan kehidupan lebih baik dan ibu bapa yang hanya mampu memberi seadanya.
caption
TELEFILEM istimewa Asro Prima menampilkan Doa Sang Pendosa dibarisi pelakon handalan seperti Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Farah Ahmad dan Nadia Aqilah.
PULUHAN selebriti akan menyerikan Bombastika Raya siaran Astro Ria.
KONSERT istimewa, Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza disiarkan TV1 pada hari raya ketiga.
RAKAMAN istimewa TTMM Revival Raya bersiaran pada hari raya kedua.
DRama komedi Raya Rumah Mami menemui penonton pada hari raya ketiga menerusi Astro Prima.
