MEMPUNYAI masalah kesihatan, Selena Gomez dalam satu wawancara mendedahkan tidak boleh hamil secara semula jadi seperti disahkan pakar.
Isteri kepada penerbit muzik, Benny Blanco itu berkata kenyataan tersebut menghancurkan hati, namun tidak menghalangnya menimang zuriat sendiri.
Atas persetujuan bersama, dia dan suami merancang menggunakan khidmat ibu tumpang atau mengambil anak angkat.
Kami ingin berkeluarga, ada anak tetapi saya belum pernah serahkan bahawa malangnya saya tidak boleh mengandungkan anak sendiri,” katanya.
Gomez dan Blanco bergelar suami isteri pada 27 September 2025 iaitu selepas dua tahun menjalinkan percintaan.
Terdahulu, sekitar tahun 2024, penyanyi lagu Ice Cream itu pernah mendedahkan kesihatan dalamannya kurang memuaskan akibat penyakit Lupus. – HIBGLAM
