Mewah! Makan steak RM4,000 sepinggan

TIDAK berkira, aktres Sofia Vergara dikatakan antara selebriti yang tidak berkira dalam bab makan. Semua itu terbukti ketika dia menjamu selera di sebuah restoran terkenal di Miami, Florida, Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, pelakon berusia 53 tahun itu berkunjung ke restoran berkenan bersama ahli keluarga termasuk ibunya, Margarita dengan rata-rata memesan hidangan steak.

Hidangan itu mengundang perhatian kerana setiap satu steak berharga hampir RM4,000, tidak termasuk pelbagai menu premium lain. Dua hidangan steak itu pula disajikan dalam bekas khas bertatahkan emas sesuai dengan gaya mewah acara makan malam keluarga.

Bukan sekadar menikmati makanan lazat, gelagat setiap ahli keluarga pelakon filem Hot Persuit itu menari beramai-ramai mengikut tempo lagu NuevaYol daripada Bad Bunny juga membuatkan pengunjung lain memerhatikan mereka.

Begitupun, ramai netizen menyifatkan pemilik rangkaian kedai kopi Dios Mio Coffee serta jenama kuliner Latin Toma itu lebih daripada mampu untuk menikmati hidangan ribuan ringgit berikutan statusnya yang bertaraf jutawan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok