KETIKA kemelut dengan keluarga rancak diperkatakan ramai, anak pasangan berpengaruh David Beckham dan Victoria iaitu Brooklyn merancang mengambil anak angkat.
Difahamkan, keputusan tersebut dilakukan selepas berbincang dengan isterinya Nicola Peltz memandangkan perkahwinan mereka sudah menjangkau usia empat tahun.
Sumber terdekat menyatakan pasangan berkenaan tidak sabar membina keluarga dengan memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Brooklyn dan Nicola ingin membangun keluarga mereka secepat mungkin dan enggan meletakkan harapan berdamai dengan orang tua Brooklyn.
“Keluarga Beckham pula tidak akan terlibat secara langsung dalam proses ini selepas berlakunya ‘perang dingin’ antara mereka dengan David serta Victoria,” kata sumber.
Sebagai penyeri keluarga, Brooklyn dan isterinya memelihara empat anjing yang menemani mereka ke mana-mana. – HIBGLAM
