LEBIH sebulan menjalani kehidupan sebagai ibu, pelakon Siti Saleha akhirnya terbuka memperkenalkan wajah anak sulungnya, Indra Mateen Fitton kepada umum.
Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 36, memuat naik beberapa keping gambar sesi fotografi bersama suami serta permata hati mereka yang dipanggil Indy.
“Assalamualaikum. Indra mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.
“Tapi Indy tak puasa tau,” tulisnya dalam ruangan kapsyen dalam Instagram.
Menerusi paparan tersebut, ramai meninggalkan komen memuji kecomelan bayi terbabit dengan rata-rata mengatakan wajah Indra persis anak ‘mat salleh’.
“Kacaknya baby Indra. Tahniah,” kata pelakon Fasha Sandha.
Indy berambut perang dan berkulit putih kemerah-merahan, perkara itu bukan sesuatu yang menghairankan memandangkan Saleha dan suaminya, Joshua Fitton, berdarah campuran Inggeris.
Terdahulu, Siti Saleha mengahwini Joshua juga pereka fesyen pada 15 Februari 2025 dan berkongsi berita kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 13 Januari lalu yang dilahirkan 3 Januari. – HIBGLAM
