“APA yang over? Get a life (cari kehidupan sendiri).”
Demikian teguran penyanyi, Aisha Retno mempertahankan teman seperjuangannya, Aina Abdul yang didakwa seorang netizen melebih-lebih ketika beraksi di sebuah majlis.
Menerusi perkongsian yang tular dalam media sosial, individu terbabit mengakui bakat Aina tidak boleh dipertikaikan, namun beranggapan penyanyi berkenaan terlalu berlebihan ketika berada di pentas.
Bakat memang tak dinafikan, tapi macam berlebihan. Itu cuma pendapat saya,” tulis individu terbabit dalam platform Threads.
Pemilik akaun itu juga memuat naik paparan gambar pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 32, itu mengenakan gaun merah serta bertopi warna senada.
Selain Aisha, pandangan dizahirkan individu berkenaan turut dibantah netizen lain yang menyifatkan Aina sebagai penghibur profesional yang memberikan sepenuh komitmen dalam setiap persembahan.
Akui peminat, kesungguhan penyanyi dan komposer terbabit juga antara faktor yang meletakkannya sebagai penyanyi rebutan ramai penganjur acara.
“Over? Apa yang over? Baju atau nyanyian. Saya rasa tak sebab gaya Aina memang style macam ini. Kalau nak lagi mega tunggu AJL (Anugerah Juara Lagu),” tulis seorang pemilik akaun Threads lain. – HIBGLAM
